27 February 2015

Me

Salam semua. Pertama kali ni aku buat blog aku rase macam tak biasa. Tak biasa menaip kot. Haha.

Sebagai pengenalan, nama aku Wan NoorLuqman Hanafie Bin Wan Zainuddin. Boleh panggil aku Luqman@Wan@Hanafie. Aku berasal dari Rawang, Selangor. Aku ade 5 orang adik-beradik & aku anak yang sulung. Dia biasalah.... anak yang sulung ni kena tunjuk sikap yang baik sikit walaupun berpura-pura depan adik-adik supaya mereka ni tak terpengaruh untuk buat maksiat.


Pendidikan awal aku di Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya(SKBSB) & Sekolah Agama Rakyat An-Nur(SARAN) dari darjah 1-darjah 6, kemudian aku ditawarkan ke Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu(SAMTKKB) dari tingkatan 1-tingkatan 3. Sekali lagi aku ditawarkan untuk belajar di tempat yang baru iaitu Sekolah Agama Menengah Bestari(SAMBEST). Dekat sambest ni byk ubah tanggapan & persepsi aku terhadap macam-macam perkara. Byk perkara baru yg diajar antaranya ialah membina ikatan usrah yang kuat. Sebab tu pelajar-pelajar kat sana senang bekerjasama.


Setelah tamat SPM, aku bekerja sementara sebagai seorang tutor di sebuah pusat tuisyen Bukit Beruntung. Berbekalkan semangat & kerjasama dari rakan-rakan yang turut menjadi tutor kat situ, dapat jugak la kerja 4-5 bulan... kemudian aku diberi peluang melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Johor & setelah menamatkan pengajian di matrikulasi, aku memohon untuk bekerja sebagai juruwang di koperasi sebuah sekolah menengah. Hampir 4 bulan aku bekerja akhirnya aku ditawarkan ke Universiti Kebangsaan Malaysia sampai lah sekarang aku masih di sini. Jadi harapan aku adalah bila aku keluar U nanti aku nak balas balik jasa mak ayah aku kerana jasa & usaha mereka sangat tidak ternilai harganya.
       

No comments:

Post a Comment