12 March 2015

Beli Barang Online

Hi semua. Korang pernah beli barang online tak? Acane? Sampai tak? Ke kene tipu? Kah3. Pas kene tipu buat ape? Senyap je? Asal tak report je.



Bagi aku beli barang online ni ade baik buruknye sendiri. Yang baik tentunya lah menjimatkan masa, yelah yang dah perangai macam naik cipan tak dapat barang lagi2 barang tu tak de kat Malaysia memang patut pun beli barang online. Tak semua barang kat luar negara boleh dipasarkan kat Malaysia. Contoh sesetengah sparepart/komponen telefon macam bateri, motherboard. So, kene order kat luar la.


Pengalaman aku, dah banyak tempat aku beli secara online. Antaranye Lyn forum, Mudah, Lelong dan Lazada. Ni aku tepek sikit gambar2 tempat yang jual online.


1. Lyn Forum



2. Mudah



3. Lelong




4. Lazada


Biasanya aku selalu beli barang kat lowyat forum. Tak kisah la baru ke 2nd hand ke sebab kalau beli kat situ ikut pengalaman aku la memang senang nak nego bab2 harga barang ni. Sebab ade ruangan khas untuk berchat antara buyer dengan seller. Tak terlalu rigid macam web2 yang lain. Hanya sediakan no. utk whatsapp je, pastu bile kite whatsapp tak balas. Nak hempuk pun ade gak. Hahaha


Pasal isu scam2 ni aku rase semua tempat berisiko untuk menipu. Semuanya atas diri kita. Sebelum nak beli tu kene selidik dulu orang/kedai tu macam mane. Tengok review buyer2 sebelum ni macam mane. Search no. akaun seller tu ntah2 dah ade isu scam ke sebelum ni. Sebagai buyer kita ade je maklumat yang cukup. Cuma kadang2 sifat terburu-buru nak beli tu cth mcm harga murah sgt, memang la ko beli sbb murah, last2 barang mcm haremmm. Rosak. Haha.
 Jadilah pengguna dan pembeli yang bijak.

No comments:

Post a Comment