Perkara2 yang aku maksudkan tu adalah adab-adab yang perlu dilakukan semasa meraikan sambutan ini supaya rasa berkat je maklis tu. Antaranya : -
1. Lahirkan rasa syukur dan rasa gembira
Zahirkan kesyukuran kepada Tuhan sebagai tanda terima kasih kita kepada-Nya. Jangan membentak dan merungut sekiranya majlis tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan.
2. Doakan antara satu sama yang lain
Mulakan majlis dan akhiri majlis dengan doa-doa baik yang dapat membentuk jati diri. Bukan saje untuk diri sendiri tapi kepada rakan2 dan seluruh umat islam di dunia.
3. Wujudkan sesi tazkirah ringkas
Apa salahnya jika diadakan sesi tazkirah(memperingat) selepas bacaan doa supaya kita ni sedar betapa hina dan berdosanya kita kepada Tuhan. Jemputlah seseorang yang ade ilmu agama supaya lagi #deep.
4. Berbuat baik dengan tetamu
Dalam Islam sendiri diajar tetamu harus dilayan dengan baik dan peuh berhikmah seperti beri salam, berjabat tangan & berpeluk tubuh serta hidangkan makanan yang baik2 ke pada mereka.
Itu je lah aku nak kongsi. Btw, kalau aku datang rumah korang, korang wajib buat benda2 kat atas tu. Hahaha.
No comments:
Post a Comment