Kita sekarang berada di dalam bulan Rejab menurut kalendar Islam. Bermakna bulan Ramadhan nak hampir tiba. Bersediakah kita menghadapi Ramadhan yang bakal tiba? Adakah puasa kita yang lepas2 kerana mungkin ade beberapa sebab keuzuran telah diganti? Jika tidak apa salahnya ganti pada waktu sekarang kerana Ramdhan pun hampir tiba.
Sebelum kita berperang untuk melawan nafsu pada bulan Ramadhan, ape kate kita buat sedikit persiapan dan latihan sebelum menantinya bulan Ramadhan. Oleh itu, di sini ada beberapa sedikit amalan persiapan dibulan Rejab sebelum menyambut kedatangan Ramadhan.
Sedikit amalan tersebut saya ambil sumbernya dari buku Fardhu Ain, panduan beribadat sepanjang
hayat, karya Sahibul Fadhilah Tn Guru Dato Hj Ismail B Kamus.
1◆ Puasa.
- Kalau tak mampu buat banyak , jangan ditinggalkan semua.
- Kalau tak mampu buat banyak , jangan ditinggalkan semua.
- Boleh puasa pada Isnin Khamis atau 13, 14 & 15hb Rejab ini -bersamaan 23, 24 & 25hb Mei.
* 13, 14 & 15 rajab dikenali sebagai hari² putih setiap bulan hijrah.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan berpuasa juga pada hari Jumaat jika hari itu jatuh pada hari² putih tersebut. Ia hanyalah anjuran bagi sesiapa yang rasa payah untuk berpuasa banyak hari bulan Rejab.

Ini berdasarkan apa yang saya temui di dalam bab Puasa Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam kitab As-Syamail tentang hari puasa sunat. Wa Allahu a'lam. Yang penting --> puasa ツ.
2◆ Istighfar.
- Habib Salim Assyatiri berkata: "Istighfar dituntut amalkan sepanjang tahun namun untuk bulan Rejab ia sangat² dianjurkan".
- Habib Salim Assyatiri berkata: "Istighfar dituntut amalkan sepanjang tahun namun untuk bulan Rejab ia sangat² dianjurkan".
••► Penghulu istighfar;
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
✿ Kelebihannya: Sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu lps subuh dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk petang maka dia termasuk golongan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu Asar dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk pagi maka dia termasuk golongan ahli syurga.
~ Riwayat Imam Al-Bukhari rahimahullah.
~ Riwayat Imam Al-Bukhari rahimahullah.
••► Atau boleh juga amalkan istighfar ini;
رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وتُبْ عَلَيَّ
Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku & terimalah taubatku.
Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku & terimalah taubatku.
* Baca Subuh & Asar sebanyak 70x setiap hari.
(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Ismail Kamus حفظه الله).
(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Ismail Kamus حفظه الله).
3◆ Membaca surah Al-Ikhlas sekurang2nya 3 kali.
4◆ Membaca Al-Quran, perbanyakkan berdoa & lain² amalan soleh.
No comments:
Post a Comment