21 April 2015

Tokyo Ghoul

Menatang ape ni? Hahaha. Kepada peminat anime. Meh jenguk baca. Yang tak minat boleh blah.
Tokyo Ghoul merupakan sebuah anime yang diadaptasi daripada manga(komik) dan kemudiannya diterbitkan menjadi satu cerita yang bertema "horror". Tokyo Ghoul setakat ini mempunyai 2 musim bagi anime yang mana musim pertama pada tahun 2014 dan musim kedua pada tahun 2015.. Baru je abis bulan 3 hari tu.


Apa yang menariknya dalam anime ni adelah, pengayaan cerita yang hendak disampaikan adalah berbentuk kepada kemusnahan populasi manusia pada peringkat pertama. Tapi pada pertengahan cerita dia dah tak menjurus kepada masyarakat tapi menjurus kepada watak tu sendiri,

Asalnya, watak utama iaitu Ken Kaneki adalah seorang budak nerd, seperti manusia biase. Ade perasaan dan normal. Tapi pada suatu hari, nasibnye memang malang kerana berjumpa dan dimakan sendiri oleh Ghoul yang dia cintai iaitu Rize.

Tapi, atas sebab takdir, Rize mati di situ kerana kecelakaan daripada perbuatan khianat. Maka, satu perpindahan organ Rize ke dalam badan Kaneki berlaku.


Saat Kaneki di makan (atas)
Ketika Kaneki di hospital (bawah)
Maka, bermulalah kehidupan Kaneki sebagai separuh Ghoul dan separuh manusia. Kehidupan Kaneki sangat tragis kerana dia menerima celaka tanpa diminta. Namun begitu, hidup dia sentiasa di sokong oleh kawan2 Ghoul dan manusia. Kehidupan dia mula berubah setelah menetap di Anteiku (sebuah kedai kopi) dan bertemu dengan rakan2.


Kaneki (tengah) bersama family Ghoul.

Bagi aku cerita dia tak boring sebab setiap episod ade je unsur suspen sampai korang sndiri akan lagha tengok mende ni berjam-jam. Sebanyak 12 episod disediakan bagi setiap musim. Jadi, suka hati ah nak tengok berjam-jam janji solat awal waktu. Hahaha. Well. Enjoy the anime. Tak boleh spoil banyak2. Nanti orang marah. hahaha

Sebelum tu, meh layan opening untuk musim 1.


No comments:

Post a Comment