3 May 2015

Valvrave The Liberator

Salam dan selamat sejahtera semua. Macam biasalah untuk entri bebas aku akan berkongsi pasal anime. Dan kali ni bertajuk Valvrave The Liberator.


Ape yang menarik sangat? Jadi untuk pertama kalinya, aku berminat mengenai Mecha-nime iaitu anime yang berunsurkan robotik. Ala macam Gundam la. Tapi aku tak minat Gundam sbb cerita dia byk dan nak follow pun malas.

Jalan cerita Valvrave ini menarik kerana ianya penuh dengan scene-scene yang sedih. Dan ade scene-scene yang tak dijangka. Ceritanya bermula dimana 3 puak dari negara Jepun iaitu Dorssia, Arus dan JIOR hidup dalam keadaan aman pada awalnya. Namun akibat perbuatan khianat daripada salah satu puak terbabit, maka diisytiharkan darurat dan perang.

Kisah robotik ini bermula apabila seorang remaja sekolah bernama Haruto dari puak Dorssia secara tidak sengaja telah mengemudi sebuah robot bernama Valvrave. Maka bermualalah, peperangan robot dan mesin bagi melumpuhkan puak masing-masing.

Watak utama tidak bergerak sendiri kerana disokong oleh watak-watak yang lain seperti kawan-kawan Haruto dan Cikgunya.


Valvarve 1 yang dipandu oleh Haruto


Valrave 2 - Valvrave 5 dipandu oleh kawan seperjuangan Haruto daripada ancaman ARUS


Pengakhiran episod anime Valvrave ni sangat menyayat hati dan tak sangka. Tak boleh cerita lebih2. Korang kene tengok sendiri. Sini korang boleh usha dulu OP. Enjoy ~





No comments:

Post a Comment