13 May 2015

Mati

Salam dan selamat sejahtera semua. Hari ni aku nak bawak topik keinsafan sikit iaitu MATI. Moga2 korang semua amik manfaat ape yang aku nak smpaikan ni. Dalam Quran ade beritahu bahawa mereka yang bijak adalah mereka yang sentiasa mengingati mati.


Bagi mereka yang sentiasa mengingati mati ni, banyak kelebihan die berbanding orang lain yang hanya fokus dan tumpu pada duniawi je tanpa fikir sedikitpun tentang bagaimana kehidupan mereka kat akhirat nanti. Malas dan langsng tiada kesungguhan untuk menduduki tempat teragung bagi sekalian makhluk ciptaan Tuhan iaitu Syurga.

Oleh itu, berikut merupakan kelebihan-kelebihan bagi mereka yang sentiasa mengingati mati, semoga Allah terima segala kelebihan dan kekurangan kita sepanjang kita hidup sujud menghadap-Nya :-

1) Lebih menghargai kehidupan
Kita akan berasa bersyukur setiap kali bangun pada pagi hari kerana masih berpeluang untuk menambahkan akaun pahala. Kita juga bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk meminta keampunan atas dosa-dosa dan kesalahan kita; sama ada dosa dengan Allah atau sesama manusia.
Daripada Abu Hurairah, suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang berlalu di atas sebuah kubur (mayat) yang baru ditanam. Baginda lalu bersabda: “Dua rakaat singkat yang kalian anggap ringan, lebih disukai oleh ahli kubur ini dari dunia dan seisinya.” (Ibn al-Mubarak dalam kitab al-Zuhd).
2) Mendorong merancang kehidupan dengan lebih baik
Kita menjadi lebih pandai untuk mempraktikkan asas keutamaan dalam hidup dan lebih pandai menundukkan hawa nafsu. Cara hidup yang kita jalani menjadi lebih efektif kerana berasaskan “Begin with the end in mind”.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara yang akan mengiringi jenazah ke kubur ialah hartanya, keluarganya dan amalannya. Harta dan keluarga akan meninggalkannya, dan yang tinggal hanyalah amalan.” (Riwayat al-Bukhari).
4) Memotivasikan diri supaya tekun bekerja untuk dunia dan akhirat
Kita tidak akan lagi membuang masa untuk perkara yang tidak bermanfaat. Kita akan menjauhkan diri daripada hiburan yang melalaikan, apalagi maksiat yang memudaratkan.
Imam al-Mawardi menulis dalam kitabnya al-Hawi: “Digalakkan supaya memperbanyakkan mengingati mati, sebab itu dapat memotivasikan diri untuk melakukan ketaatan dan menghalang daripada melakukan kemaksiatan.”
5) Tiada masa buka aib orang
Mengingati mati menyebabkan kita tiada masa untuk membuka aib orang lain, apalagi bermusuhan dengan mereka. Ia akan selalu menjaga hati dan ucapan daripada perkara-perkara yang boleh merugikannya di dunia dan di akhirat.
Raja bin Haiwah berkata: “Apabila seseorang mengingati mati, ia akan meninggalkan hasad dengki.”
Semoga kita terpanggil dan sedar dengan apa yang telah kita lakukan di dunia ini. Semoga sama-sama kita berhijrah ke arah lebih baik. Wallahua'lam.
Sumber : amekaw.com

No comments:

Post a Comment