29 March 2015

Tanggungjawab Bahagian 1

Salam. Hi semua. Yup, menurut tajuk post kat atas, semua orang bertanggungjawab atas ape yang dia sendiri pilih untuk menentukan corak hidup masing2.


Kadang bila kita tengok situasi zaman sekarang, ramai orang nak sangat kejar pangkat tapi selepas dapat pangkat yang tinggi, ape je yang dia buat? Hampehhh. Ape pun tak buat. Lagi2, yang bahagian kebajikan rakyat. Bukan semua la. Tapi ade je sebahagian yang macam tu. Kejar duit dan pangkat semata. Bagi aku seorang yang sempurna dalam menggalas tanggungjawab. Yup. Mestilah nabi Muhammad s.a.w ..

Kadang aku pun lari dari tanggungjawab. Hahahaha. Bukan apa. Sibuk sangat la katekan. Hakktuihh Alasan. Hahaha. Bercakap pasal lari dari tanggungjawab ni, aku ade satu kisah menarik masa sekolah dulu. Masa kat Sambest, aku tinggal kat asrama. Dan aku dilantik sebagai ketua dorm masa tu. Setiap minggu dan hari tertentu setiap ketua dorm perlu hantar laporan kat ketua warden. Sape yang sakit, sape yang tak balik semua kene lapor. Dan ade hari2 tertentu dia akan buat perjumpaan mengejut antara ketua dorm sebab nak cari orang fly. Ape perkataan fly pun ko tak tahu?? Berambuss dari blog ni!!

Alkisahnya, kawan aku ni dia ketua dorm gak, tapi masalahnya anak2 buah dia nakal. Kuat fly. Jadi tanggungjawab sebagai ketua dorm tu dia tak nak pikul sebab ape2 hal nanti die kene. Tak dunia,akhirat akan kene. Tapi masalahnya bahagian pengurusan asrama tak nak lepaskan dia sebab dia sorang yang berdedikasi dan sangat tanggungjawab. So, nak tak nak name dia ade jugak dekat pentadbiran. Kawan aku ni nak kate jenis redha tak jugak, kalau dia kate tak nak memang dia akan tak nak. Jadi dia ade buat sesuatu supaya pihak pengurusan dan pentadbiran buang nama die dari jawatan ketua dorm.

Agak2 korang dia buat ape? Jeng jeng jeng....Hahaha bersambung cerita ini di bawah tema bebas minggu depan. Trimas.



No comments:

Post a Comment