29 March 2015

Xiaomi

Yo Bro. Hari ni aku nak cerita pasal syarikat pembuat telefon pintar yang semakin menaik-naik name dia iaitu Xiaomi.


Minggu lepas aku dah cerita pasal earphone dari Xiaomi, tapi tanpa satu sikit intro pun pasal syarikat Xiaomi. Secara ringkas,Xiaomi satu jenama yang gah di pandang dunia dalam teknologi pembuatan telefon pintar. Setanding Samsung dan Apple. Mula ditubuhkan pada tahun 2010 dan sehingga kini masih kuat kedudukannya walaupun tidak terdapat satu pun kedai fizikal yang menjual set2 telefon pintar keluaran Xiaomi. Semua urusniaga hanyalah online je. Jadi kat situ dah jimat kos overhed dari segi pengurusan, yang ada pun hanyalah pusat Khidmat Pelanggan untuk pelanggan menggunakan jaminan yang disediakan.




Apa yang menariknya telefon pintar yang ditawarkan mempunyai spesifikasi yang sangat tinggi namun ditawarkan pada harga yang sangat-sangat berpatutan. Dan aku pun memiliki salah satu daripada telefon pintar tersebut. Ahahahahaha
Berikut merupakan antara jenis telefon pintar keluaran Xiaomi yang dipasarkan pada pasaran dunia (global) :


1. Redmi 1s







2. Mi3










3. Redmi Note 4G











4. Mi Note













Akhir sekali, yang menarik mengenai telefon pintar Xiaomi, mereka menyediakan platform antara muka yang boleh diubah suai iaitu Miui. Miui satu sistem pengoperasian kerjasama android dan Xiaomi. Maksudnye ape nate? Maksudnye ko boleh ubah suai icon ke, lock screen ke, tema ke iku pada kehendak korang la.





Kalau macam sistem yang dibawah Samsung misalnya, Touchwiz, banyak yang terhad dari segi pengubahsuaian. Jadi, agak2 mana yang paling baik antara banyak telefon ni? Hehehe bole pm aku secara perseorangan. Aku boleh jadi pakar nasihat bab2 ni. Hahahaha ok la. Bye2

No comments:

Post a Comment