Salam semua. Apa khabar korang balik dari cuti ni? Dengar citer ade yang buat cuti sendiri lagi sekarang. Hahaha. Korang tahu tak ape maknanye? Yup. Ia sesuatu yang melanggar peraturan.
Dalam dunia ni mana tempat yang tiada peraturan? Cer oyak sikek? Semua tempat memerlukan peraturan supaya etika dan gejala buruk dapat dibendung. Sebagai contoh, dalam agama Islam . ada peraturan yang tersendiri supaya penganutnya menjadi ke arah insan yang terdidik dengan nilai2 dan sentimen Islam. Aku percaya agama lain pun ke arah mendidik penganutnya menjadi orang yang terdidik.
Tapi bila kita tengok sekarang, semakin bertambah peraturan, semakin bertambah manusia yang mempunyai sikap dan sifat sebagai seorang manusia yang tidak berperikemanusiaan. Contoh? Contohnya paling mudah kita nampak di sekolah. Peraturan mengata kan bahawa baju mesti di "tie-in" kan. Tak boleh pakai macam selekeh. Tapi kita tengok sekarang macam mana? Kadang terdetik kat hati kita, " baik ko tak payah pakai baju, buat malu sekolah je". Bukankah peraturan tu dibuat supaya kita menjadi manusia yang bertamadun? Tapi, siapalah kita sebagai manusia. Hanya mampu nak ingatkan saja. Nak ikut, ikutlah. Tak nak ikut, ikut suka ko lah. Dah degil, malas nak bebel. Nanti dibalasnya kepada kita, "kubur lain2, kenapa kisah sangat?". Manusia.. Biasalah...
No comments:
Post a Comment