Bersambung cerita kita daripada bahagian 1 hari tu. Haha. Meh sini. Dengar sambungannya.
Well, hari tu mesti korang teragak-agakkan ape sebenarnye yang kawan aku ni buat. Dahlah mengade-ngade. Terima je lah kan. Hahaha.. Ishh. Tak elok kate gitu.. Dia baik ok orangnya.. Mengata orang itu satu dosa. Hahaha
Jadi ape yang dia buat adalah, dia turut serta sekali join budak2 yang kuat fly tu. Kami yang kawan2 rapat dia terkejut la... Tak pernah2 nak cuba, laa ni nak cuba... Tapi tak pe kot sekali sekala... hahaha dengan aku2 sekali syaiton.. Punyalah semangat dia buat macam dengan harapan nama dia naik dekat unit pentadbiran.. Dan ape yang jadi selepas tu?
Dia dan rakan seangkatannya telah terkantoi dan dipanggil untuk berjumpe sendiri dengan pengetua.
Well, pengetua ni biaselah. Sentiasa baik dan suka beri nasihat kepada anak-anak didiknya. Masa tu, kawan aku tanpa berlengah terus bagitahu niat sebenar dia buat macam.. tapi biasalahkan,, mesti kene bebel dulu... Dan akhirnya, kawan aku berjaya untuk tidak mendapat jawatan malah diberi hadiah oleh pengetua sendiri iaitu penalti 20 point. Hahahaha padan muka.. Hahahaha.
Kesimpulan yang aku dapat dari al-kisah tersebut adalah, kadang dunia ni memang adalah satu takdir untuk ko. Ko kene terima. Ko malas, ko rajin, ko pandai, ko lembab, ko kaya, ko miskin semua itu adalah takdir. Tapi ko boleh ubah semua takdir ko itu dengan USAHA. Yes. USAHA. Jadi, sekarang. Berusahalah demi masa depan yang cerah ye kawan2 ku sekalian. :D
No comments:
Post a Comment