13 May 2015

OnePlus One

Salam dan selamat sejahtera semua. Hari ni aku nak kongsi pengalaman aku dalam urusan jual beli semasa aku di UKM. Aku ni jenis yang peghati gajet lame2. Agak2 aku berkenan aku rembat laa.

Pada Jumaat yang lepas, selepas berlegar-legar dari lowyatforum.net , akhirnye aku terjumpa seorang seller yang menjual barang panas yang aku nak.. Korang tekalah ape die? Hahahaha... Yezzza. OnePlus One la. Gile kentang beb. Best dow.

Maka, aku bertemu la bro yang sporting ni namenye Ahmad Irfan. Tempat janji utk COD dpn pusanika. Pukul 10.30 malam baru la die datang. Yup. Abg Ahmad Irfan ni mmg jenis sporting orangnye, tambahan pulak die kerja kat HUKM jadi jalan2 dkt UKM ni dah biase bagi die.

Die tak boleh cerita byk sebab anak bini die ade dlm kete so habis je urusan dan sedikit penerangan die citer then terus la die balik. Ape yg bestnye Ahmad Irfan ni, setelah masih beberapa hari gune oneplus one ni, die masih bertanyakan khabar telefon tu. Bear in your mind, yang telefon tu bukan second hand. Baru n Sealed lagi.

Setelah beberapa hari gune OnePlus One, alahai... aku rase bosan la pulak.. Hahaha sebab UI die sangat clean tapi byk customization. Setelah berfikir panjang, aku bukak thread selling di facebook dan di forum. Dan last skali aku cerita kat abg Irfan tu yg aku nak jual. Terkejut badak sumbu la die. HAHAHAHA.

Setelah bincang harga, akhirnya abg Irfan ni setuju untuk beli balik dekat aku. Hahaha. Motif? Mesti pelikkan. Die kate die suka telefon OnePlus One ni sbb byk customize jadi daripada die bukak set baru, lebih baik die beli daripada aku. Hahaha memang la tgk la aku taruk harga berapa. Padanla die nak beli.

Well, itulah pertama kali dalam sejarah hidup aku, aku beli barang daripada orang dan orang tu beli balik barang yang dia jual daripada aku. Aku tak kisah pun, aku happy je asal harga aku jual tak murah sangat dah la. Ade jugak bangsat2 nak mintak lagi murah. WOI! Aku gune baru brp hari ko nak mintak kurang RM300. Naik lemak lah ko. hahahahaha

Itu saje perkongsian dari aku. Tata



Henset ni terbaik, cuma tak sesuai dengan aku buat mase sekarang! Heee

No comments:

Post a Comment