3 June 2015

Akhirnya...

Assalamualaikum, akhirnya berakhir sudah kelas aplikasi komputer pada minggu yang sudah. Banyak pengalaman yang aku peroleh dalam kelas ni lagi2 bab komputer.
Dan yang paling best sekali aku ade sorang lecturer yang sanggup kongsi kisah hidup dan pengalaman peribadi dengan pelajar2nya. Yup itulah Sir Azzwan, nampak garang pada luaran tapi sangat friendly kalau dah kenal.

Bagi aku kelas ni paling sempoi antara semua kelas. Walaupun banyak tugasan yg Sir bagi tapi ade jugak tempoh mase at least seminggu untuk siapkan. Jadi tidak beban bagi aku sebagai seorang pelajar.

Selain daripada tu, aku jugak belajar displin daripada Sir iaitu, datang awal ke kelas dan habiskan kelas pada tempoh yang ditetapkan. Well kalau habis kelas awal pun ke mane je korang, balik bilik tidur gak...

Sebagai kesimpulan, aku bersyukur sbb  dapat pengalaman bersama lecturer yang friendly mcm ni. Tiba2 aku teringat Cikgu Ainan aku. Cikgu kat matrik aku dulu. Lagi la gila2 punya cikgu hahaha. Rindu saat dekat matrik dulu. Haih. Itu saje, sekian.

No comments:

Post a Comment