3 June 2015

Aldnoah Zero 1 & 2

Salam Semua. Hai macam biasalah aku nak post pasal ape kali ni. Sudah semestinya pasal sebuah anime. Tajuknya? Aldnoah Zero. Mari usha lagi dalam.


Aldnoah Zero. Yup, anime ni baru je lagu wujud tahun lepas dan terdapat 2 musim. Aku dah habes tengok semuanya. Rating dalam animejapan sangat tinggi untuk cerita ni. Jadi, aku tertanya-tanya kenapa cerita ni jadi popular sedangkan cerita nye berasakan robot je pun.

Lepas selesai khatam 2 musim cerita ni, baru aku tahu. Cerita ni tak berkonsepkan kepada kuasa sangat. Well kita tahu kalau cerita ade kuasa2 je, mesti merepek. Tapi tidak untuk Aldnoah Zero sebab cerita nya berkonsepkan kuasa pemikiran manusia, Tak faham?? Macam ni la, senang cerita, cerita ni nak ketengahkan bagaimana IQ manusia mampu melawan teknologi. Bukan tu je, cerita ni nak sampaikan kepada kita adekah pemikiran dan IQ manusia boleh membatasi teknologi.

Aldnoah Zero berkisarkan kisah tentang 2 puak manusia yang hidup dalam dunia yang berbeza, satu di bumi dan satu lagi di Marikh. Manusia di bumi digelar sebagai Terran manakali di Marikh mereka dikenali sebagai Martian. Mereka saling berperang antara satu sama lain kerana hendak menunjukkan siapa yang berkuasa atas siapa. Watak utama dalam cerita ni adalah Inaho dan Slaine. Mereka memperjuangkan dunia masing2.

Di Marikh, penciptaan teknologi sangat tinggi, manakala di bumi tidak sehebat di Marikh. Tapi apa yang membezakan manusia di bumi dan di marikh adalah kebijaksanaan mereka.


Slaine mewakili Marikh (kiri) manakala Inaho mewakili Bumi (kanan)

Cerita ni mudah je nak faham. Korang tengok battle fight ni pun dah paham. Ok , Enjoy!!!



No comments:

Post a Comment